Resepi Ayam Paprik Kuning

6 views

Sporrty.com - Resepi Ayam Paprik Kuning - Resepi ni sebenarnya sudah lama dibuat tapi baru hari ini berkesempatan nak kongsi di blog sebab hari-hari dah sibuk kerja. Dahulu saya tidak tahu masak ni, pertama kali dengar dari adik saya yang request minta masakkan. Adik memang cakap ayam tu kaler kuning tapi rasa cam paprik. Nasib baik juga ada teman yang faham buatnya. Dah dapat resepi terus langsung cuba masak. Ternyata masaknya simple je.Resepi ayam paprik kuning sangat sesuai untuk anda yang tak ada masa lebih di dapur. Satu rakan saya juga telah kongsi resepi ayam paprik yang ia masak berkuah ala thailand. Ia memang pandai masak.

resepi ayam paprik kuning

Bahan-bahan

  • ayam dipotong kecil-kecil
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai serai
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • sedikit kunyit
  • sayur kubis dan bunga kubis
  • garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara buat ayam paprik kuning

  1. Perap ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sekejap.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi.
  3. Tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam dan perasa. Kacau hingga sebati.
  5. Bila ayam dah agak masak dan kuah dah pekat, masukkan sayur.

Resepi ayam paprik kuning dah siap dihidangkan. Lebih sedap kalau dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Tags: #resepi ayam #resepi ayam paprik kuning